ASSALAMUALAIKUM,
Catatan ini adlah untuk peringatan buat diriku tentang kewangan, setiap bulan bagi yang bekerja pasti akan memperolehi gaji
tapi berapa ramai orang akan dapat membuat simpanan dengan konsisten setiap bulan tanpa mengeluarkan simpanan teresebut apabila cukup tempoh masanya.........
sedarlah wahai sahabt-sahabatku, termasuk juga diriku ini.
Untuk berjaya dalam membuat simpanan kita perlu mempunyai matlamat kewangan sendiri.
Matlamat kewangan saya ialah:
1) Bebas dari segala hutang
2) Membuat simpanan untuk 3 bulan pendapatan
3) Simpanan untuk 6 bulan pendapatan
4) Simpanan untuk 9 bulan pendapatan
5) Cukupkan dana pergi Haji
Bila kita ada matlamat, nafsu untuk berbelanja kepada perkara yang tidak penting akan terbendung kerana otak telah memberi isyarat tentang matlamat kewangan yang ingin kita capai.
Ukuran kekayaan seseorang adalah kebolehanya untuk survival dimasa hadapan jika sudah tidak lagi mampu untuk bekerja,di hari tua dan ketika keadaan kecemasan dan tidak diduga.
Seterusnya, untuk mencapai metlamat kewangan kita mestilah bebas dari hutang. Ini kerana hutang akan memerangkap masa yang kita ada dan akan sentiasa bekerja kerana hendak membayar hutang.
Didalam dunia pekerjaan, lebih besar pendapatan kita maka lebih besarlah tanggung jawab maka kuranglah masa untuk bersama keluarga tersayang.
Seterusnya kita mesti cuba berbelanja dibawah paras kemampuan kita supaya kita dapat menyimpan.Tingkatakn simpanan dan bina pendapatan kedua.
No comments:
Post a Comment