Sunday, 27 April 2014

aktiviti hujung minggu

 
hadif makan nasi lemak + ayam goreng berempah di Taman Tenaga Cheras.
 

 
bersama ayah......menikmati makan malam 26.04.2014

 
menu sarapan pagi 26.04.2014

 
menu makan tengahari 28.04.2014 - ikan siakap masak merah

 
bersama sup sayur sawi + carrot.....masuk office pukul 11.45am......


Thursday, 24 April 2014

JUMAAT YANG BAHAGIA

 
Aku posing sorang-sorang masa tunggu hubby amik lepas buat chekup ngan doctor kat Hukm

 
ni pun time yang sama.....hubby tak sampai-sampai........

 
gambar bekalan yang aku bawa untuk makan tengahariku di pejabat, aku nak masak ni pun kena bangun pukul 5.30 pagi. Alhamdulillah  rezekiku di pagi Jumaat.


gambar yang ni aku kasi amik dekat sikit untuk bagi gambar lebih jelas. Ikan Siakap masak lada hitam. Nampak best tak kawan2......cuba la try masak nanti, pasti menyelerakan....

KESIHATANKU

 
Yang ni gambar masa mula-mula ku masuk wad kat HUKM, 13hb Mac 2014. Aku akan ingat tarikh ni sampai bila-bila.
 
 
 
Gambar aku selepas 42 hari berpantang, gambar ni aku amik masa aku di office. aku rasa sihat sikit sekarang berbanding sebelum ni......alhamdulillah aku bersyukur padamu ya ALLAH............

Tuesday, 22 April 2014

TEMPE GORENG VS IKAN BILIS

 
Menu hari ini di pejabat, tempe goreng berlada.
bahan-bahan
 
tempe
ikan bilis
bawang blender
cili kering
garam
gula
 
cara-cara
 
goreng ikan bilis dan tempe sehingga garing. Kemudian ketepikan.
tumiskan bawang blender sehingga garing, masukan cili kering kacau sehingga masak.
masukan air asam jawa, biarkan sehingga nampak pekat kuahnya. barulah masukan tempe dan ikan bilis. Selamat mencuba.......
 

rahsia awet muda mama


Petua awet muda untuk ku:
1.   Jangan stres

Secara psikologi, keceriaan di wajah akan terpancar apabila dalaman anda bahagia. Jangan jadikan keletihan bergelar ibu sebagai alasan untuk tampil selekeh. Tanggungjawab sebagai ibu perlu selaras dengan penampilan agar suami terus terpikat dengan anda.
2.   Makan buah dan sayur

Kandungan vitamin C dan beta karotena di dalam buah dan sayur sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah. Kedua sumber penting ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas.
3.   Ambil vitamin C

Sumber vitamin C boleh anda peroleh daripada buah-buahan segar terutama oren, sayur-sayuran berwarna hijau seperti brokoli atau suplemen sebanyak 1000mg sehari. Vitamin C dikatakan dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko kanser dan melindungi tubuh daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran.
4.   Minum air kosong

Ia bukan mitos tetapi fakta. Sesiapa yang rajin minum air kosong enam hingga lapan gelas sehari akan membuatkan kulit terhindar daripada masalah dehidrasi. Ia baik untuk melancarkan aliran darah yang membawa oksigen dan sumber tenaga ke seluruh organ tubuh. Dengan meminum air kosong yang mencukupi, anda berupaya menguarangkan tekanan dan menyegarkan kulit.
5.   Makan sedikit tetapi kerap

Amalan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap empat hingga lima jam dapat memperbaiki tahap metabolisme. Melalui amalan ini, organ dalam badan dapat berfungsi dengan lebih efektif agar ia tidak mudah rosak dan menjejaskan kesihatan anda.

 

Petua Mudah Bersalin

PETUA MUDAH BERSALIN

1. Baca surah Maryam - paling kurang sekali dalam sehari
2. Khatam al-quran sepanjang hamil
3. Selalu bersenam
4. Jaga pemakanan - tidak makan makanan yg mengandungi MSG, makanan ringan, organ dalaman
                               - elakN PENADOL
5. Amalkan doa dan selusuh- doa mudah bersalin selepas kandungan 7 bulan
6. Kerap bersama suami disaat akhir menanti kelahiran.
7. Elakan terlalu berehat - banyakan berjalan diminggu akhir kehamilan
8. Pemakanan sunah - amalkan kurma,kismis, madu dan habatus sauda
9. Berendam sebelum ke hospital - utk percepatkan proses bersalin
10. Pastikan tenaga mencukupi - makan secukupnya bagi mengelakan letih dan lapar
11. Jangan meneran - Sewaktu sakit kontraksi latih diri untuk menarik nafas dan lepas perlahan-lahan

Tip Diet dan Pemakanan

Tip diet dan pemakanan

1. Makan 5 -7 hidangan kecil
2. Jangan tinggalkan waktu makan
3. Kenali keperluan kalori seharian
4. Elakan kalori daripada minuman
5. Banyakan minum air mineral
6. Jangan makan buah-buahan terlalu banyak
7. Segengam tangan karbohidrat - roti/ nasi/ mi/ kentang
8. Pastikan pengambilan protein cukup
9. Kawal nafsu makan

Monday, 21 April 2014

BENTENG DIRI DENGAN AYAT PENDINDING

Surah Al-Fatihah - baca 7 kali selepas solat, niatkan pada Allah supaya melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan

baca 3 kul - al-ikhlas,al-faklaq,surah an-nas

ayat qursi - amalkan selepas olat subuh dan asar surah yasin ayat 1-9

Tip bersenam

Bersenam untuk menjaga kesihatan diri

1  bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari cth: berjalan kaki, menaiki tangga , melakukan kerja rumah skipping

2  Pastikan anda membakar lemak dan bukan glkos - elakan minuman berkabonat

3  fokus kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan utk bakar lemak

4  Sauna dan bilik berwap membantu membakar kalori

5  Membakar kalori berlebihan dapat mengurangkan berat badan 6 Dapatkan multivitamin yang baik

KEWANGAN

ASSALAMUALAIKUM,
Catatan ini adlah untuk peringatan buat diriku tentang kewangan, setiap bulan bagi yang bekerja pasti akan memperolehi gaji tapi berapa ramai orang akan dapat membuat simpanan dengan konsisten setiap bulan tanpa mengeluarkan simpanan teresebut apabila cukup tempoh masanya.........

sedarlah wahai sahabt-sahabatku, termasuk juga diriku ini. Untuk berjaya dalam membuat simpanan kita perlu mempunyai matlamat kewangan sendiri.

Matlamat kewangan saya ialah:
1) Bebas dari segala hutang
2) Membuat simpanan untuk 3 bulan pendapatan
3) Simpanan untuk 6 bulan pendapatan
4) Simpanan untuk 9 bulan pendapatan
5) Cukupkan dana pergi Haji

Bila kita ada matlamat, nafsu untuk berbelanja kepada perkara yang tidak penting akan terbendung kerana otak telah memberi isyarat tentang matlamat kewangan yang ingin kita capai. Ukuran kekayaan seseorang adalah kebolehanya untuk survival dimasa hadapan jika sudah tidak lagi mampu untuk bekerja,di hari tua dan ketika keadaan kecemasan dan tidak diduga. Seterusnya, untuk mencapai metlamat kewangan kita mestilah bebas dari hutang. Ini kerana hutang akan memerangkap masa yang kita ada dan akan sentiasa bekerja kerana hendak membayar hutang. Didalam dunia pekerjaan, lebih besar pendapatan kita maka lebih besarlah tanggung jawab maka kuranglah masa untuk bersama keluarga tersayang. Seterusnya kita mesti cuba berbelanja dibawah paras kemampuan kita supaya kita dapat menyimpan.Tingkatakn simpanan dan bina pendapatan kedua.

pantang larang masa berpantang

• Ibu - ibu dalam pantang bersalin bo leh memakan buah-buahan seperti Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk),

• Jus Epal, Blackcurrant ( Ribena ) buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika

• Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan Madu Lebah.

• Sayur-sayuran yang disyurkan boleh dimakan ulam -ulam Pengaga,Lemuni , Daun dan Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus ,Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang ( merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang

• Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni

• Ikan yang segar iaitu Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.

• Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang ,Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya ( Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains

• Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari Ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol,parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.

  • Ibu -ibu bersalin dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan Ibu bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk , minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik. Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism ,rheu Apakah terdapat penyakit-penyakit lain yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin , juga menakutkan?

1. Bagi ibu yang pertama kali bersalin selalunya menghadapi keadaan radang Payu Dara . Ianya boleh berlaku selepas sepuluh hari melahirkan . Ini disebabkan oleh susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat dikeluarkan sehingga payu dara membengkak kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Selain daripada itu puting payudara yang merekah dan luka juga boleh menyebabkan keradangan

2. Semasa dalam pantang biasanya ibu kurang membuat pergerakkan fizikaldan banyak tidur . Ini amalan yang kurang sihat dan boleh mengakibatkan thrombosis atau darah beku. Penyakit ini sering berlaku pada awal minggu selepas bersalin . Pesakit akan terasa sakit kepala , bisa-bisa badan yang keterlaluan.Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah terutama pada bahagian tekanan saperti bahagian punggung , pinggang dan kaki tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan terasa panas badan ,pergerakan nadi menjadi cepat , perasaan saperti sesak nafas dan sakit saperti dicucuk-cucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang ,lebih cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan yang berbau busuk akan mengalir keluar dari tempat sulit.

3. Selain daripada itu jangkitan pada salur kencing juga mudah terjadi pada waktu nifas atau semasa hamil. jangkitan ini jika tidak dijaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan menyebabkan demam

4. Perubahan tubuh badan yang sering berlaku keatas wanita selepas bersalin saperti perut membuncit dan berat badan semakin naik dianggap pekara biasa bagi ibu-ibu yang telah lama atau baru bersalin dan juga bagi mereka yang sering bersalin.Oleh itu , ibu-ibu cepat mengalah mengenai penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan (untuk mengembalikan bentuk badan yang asal.) Banyak alasan yang diberikan oleh mereka . Salah satunya mereka percaya selepas bersalin bentuk badan dan akan menjadi besar .

5. Mengikut pendapat orang tua-tua setiap kali bersalin satu urat akan putus.Oleh itu , ibu selepas bersalin atau dalam berpantang akan berasa kurang selesa kerana posisi rahim diketika itu kembang, bengkak, dan terasa berat .

6. Selain daripada itu , urat saraf dibahagian pinggul masih kendur , saluran kencing dan sekitar ari-ari turut bengkak akibat tekanan kepala bayi semasa hendak melahirkan . Luka-luka juga sering berlaku didalam rahim serta dipangkal semasa uri hendak dikeluarkan dan semasa melahirkan . Luka ini disebut "luka menggeleber " Luka yang menggeleber yang kecil biasanya dapat dipulihkan tanpa masaalah tetapi luka yang besar akan menimbulkan rasa tidak selesa dan menggangu kesihatan . Inflamasi yang kronik dan lelehan dari faraj adalah komplikisi biasa akibat luka pada pangkal rahim yang tidak dirawati .Luka ini jika dibiarkan serta tidak mendapat rawatan yang betul boleh menyebabkan penyakit kanser rahim atau kenser pangkal rahim

7. Demam kelahiran ' ialah demam semasa nifas yang disebabkan oleh i
nfeksi di tisurahim . Infeksi ini terjadi kerana kuman penyakit saperti streptokokus memasuki tisu di pangkal rahim atau rongga rahim sewaktu hendak melahirkan , keguguran atau pada waktu keguguran . Infeksi ini amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut. Infeksi mungkin merebak dari rahim kedalam ovari atau tisu-tisu lain sehingga timbul abses pada selaput peritoneum lalu menyebabkan peritonitis .

  8. Lelehan yang berwarna merah akan terus mengalir selagi rahim masih bengkak dan keadaan dalaman yang kurang sihat . Lelehan yang keluar itu banyak sel darah, ketulan darah serta gumpalan dari selaput lendir rahim. Darah nifas biasanya akan beransur kurang selama 14 hari . Selepas itu lelehan menjadi kuning coklat dan seterusnya bertukar warna menjadi putih kekuning-kuningan sehingga tiba ke hari 40 , barulah ia mula mengering.

9. Jika sekiranya masih ada lelehan cairan, ini menandakan rahim masih bengkak dan belum mengecut . Tubuh akan terasa tidak selesa , masih terasa berat dibahagian ari-ari dan tempat sulit, perut sukar dikempiskan , nafas serta badan berbau busuk dan rupa paras tubuh badan kelihatan saperti sedang mengandung . lelehan ini akan berterusan dan menjadi penyakit keputihan selepas pantang . Saluran vagina akan mengembang serta terasa berat . Ini boleh mengganggu hubungan kelamin suami isteri .

  10. Sewaktu tidur atau berjalan-jalan , pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak , kerana mengikut petua orang tua-tua dulu , mereka bimbang ini boleh menyebabkan bentan (tumpah darah ) 11. Semasa melahirkan anak, banyak tenaga telah digunakan yang menyebabkan keletihan . Keletihan ini juga boleh disebabkan oleh darah keluar dengan banyak . Kadang-kadang keletihan ini boleh menggangu kesihatan dan menyebabkan tekanan emosi. Pesanan orang tua-tua , penjagaan ibu bersalin dalam pantang hendaklah dilayan dengan baik kerana mereka dalam keadaan yang lemah dari segi jasmani dan rohani , mudah terkejut , mengalami gangguan emosi yang teruk dan sering tumpah darah apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.