Isnin,.......18 November 2013.
Masuk pejabat pukul 11.45am, ada urusan di zikay & public bank jalan raja laut.Pagi ini satu perasaan baru wujud didalam diriku tentang kehidupanku dimasa hadapan........tentang rutin harianku......tentang diriku dan juga tentang keluargaku.
Aku mesti berpandangan jauh, 10 hingga 20 tahun akan datang untuk merancanakan kehidupan.... sebagai hamba Allah, aku anya mampu merancang dan Allah jualah yang akan memberi markah kedalam setiap perancangan hidupku samada yang maha esa redha atau tidak.........
Aku sebagai hamba hanya mampu berdoa apabila segala-galanya telah dirancang dengan teliti supaya setiap perancangan berjalan dengan lancar hendaknya. Insyaallah.........Tahun 2014 bakal membuka lembaran baru dalam hidupku kerana aku akan merencanakan sebaik-baiknya ilmu pengurusan kewangan yang aku ada hasil pengalaman dan penelitianku selama 10 tahun yang lepas.
Aku tidak mahu lagi menjadi seorang yang tidak pandai dalam menguruskan kewangan peribadi sendiri kerana aku mahu hidup senang dan mewah apabila aku sudah bersara kelak.........sekarang targetku adalah untuk membayar pinjaman pendidikanku dan membuat sedikit simpanan untuk hari depanku yang belum pasti keadaanya.
No comments:
Post a Comment