Tuesday, 19 November 2013

my personal energy

Tuesday, 18 November 2013

Masuk office agak lewat hari ini...pukul 9 baru aku masuk. Aura aku untuk update kerja-kerja aku hari ini lebih baik dari  hari semalam.....kecintaanku kepada kerja semakin menebal. Alhamdulillah syukur kepada mu Ya Allah.

Pelbagai idea masuk dalam kotak fikiranku, tentang cara-cara bagaimana untuk memudahkan segala urusan kerjaku di pejabat....Insya allah aku akan sentiasa komited didalam melakukan tugasanku supaya mempunyai keberkatan di dunia dan juga di akhirat hendaknya.

Aku sedar, dalam menjalani kehidupan seharian, akal dan fikiran kita akan sentiasa didepani dengan pelbagai dugaan dan hanya kita sendiri yang mampu mengatasi segala cabaran dan dugaan yang masuk kedalam kotak pemikiran. Aku akan sentiasa memastikan agar diriku bebas dari anasir-anasir yang tidak baik yang mungkin akan menggu kehidupanku.


No comments:

Post a Comment