Monday, 19 May 2014

Percaya kepada kebolehan diri

Kita adalah apa yang diri kita selalu fikirkan.

Oleh itu sentiasalah berfikir tentang diri kerana dengan cara itu kita akan dapat mengenali siapa diri kita yang sebenarnya.

Kita diibaratkan sebagai  pengurus bagi diri sendiri, jika diri tidak diuruskan dengan baik maka rosak binasala ia.  Jika baik pengurusannya maka baiklah ia. Oleh itu untuk menjadi insan yang hebat kita sentiasa perlu  belajar dengan orang disekeliling. Pembelajaran boleh berlaku dengan pemerhatian, pertanyaan dan olahan didalam minda.

Paling utama perlu banyak membaca untuk menimba ilmu pengatahuan, membaca perlu di pupuk dan disemai didalam diri sejak dari awal lagi. Kita mesti mempelbagaikan bahan bacaan agar tidak hanya fokus kepada sesuatu yang kita minat sahaja. Dengan bertambahnya ilmu pengatahuan dalam diri kita bebas untuk bercakap tentang apa sahaja isu .




Perkara pertama yang aku nak tekankan dalam diri aku ialah tabiat menyimpan..dan tabiat ini jugalah yang aku akan terapkan dalam diri anaku. Aku akan sentiasa bercakap dengannya setiap hari tentang tabiat menyimpan.

Setakat ni aku telah berjaya membuat simpanan dengan konsisten bermula feb 2014 dengan jayanya.Aku sangat berpuashati dengan perkembangan diriku ini.....ya ini adalah langkah pertama untuk aku menjadi kaya.

Aku selalu mengingatkan diriku sendiri jangan boros berbelanja, sentiasa memikirkan tentang masa hadapan. Kalau kita hanya hidup untuk hari ini tanpa memikirkan tentang masa depan yang belum pasti tentu dihari hadapan hidup kita akan huru hara dan tunggang langang.......

Ini bermakna perancangan amat perlu untuk menpersiapkan diri melalui hari-hari yang sentiasa mempunyai cabaran yang kita sendiripun tidak mengetahui....

Tuesday, 6 May 2014

aksi my hero

 
inilah hero pertamaku.....hadif azhar
 
 

 
bergambar depan lori

 
bersiar-siar

aksi manja.......
 


moga anaku menjadi orang yang beriman.......................amin